Jumaat, 18 Jun 2010

Palestine Video : Hanya Takdir (Destiny)




mereka seronok berkorban disana walau hidup mereka sangat kesedihan tetapi mereka di akhirat nanti nikmat yang cukup besar

'Ya Allah, kau tolonglah mereka, kau lindungi lah mereka umat islam akan melaksanakan amanah ini Ya Allah hanya kepada MU umat islam memohon'

tisu basah, air mata mengalir..
cukupkah sekadar air mata yg kita tumpahkan tanda kita sayang saudara seakidah kita?? dah kering air mata.. apa yg kita dah lakukan?
senantiasalah baca qunut nazilah..
doakan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia... insyaAllah
semoga usaha yang kecil itu dipandang olehNYA..










SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA WITH MALAY TRANSLATION

Khamis, 17 Jun 2010

MALAPETAKA KETIADAAN KHALIFAH

Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara’ secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.

Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh.

Khamis, 10 Jun 2010

ALLAH SEBENARNYA SAYANGKAN KITA

per'sembang'an ini inginku kongsikn pada semua... kenapa? kerana sahabatku ini menyedarkan diriku yg selalu khilaf...

kira-kira 9.30 mlm kulihat Izzah Najihah 'online' .. ni yg boleh bergosip dgn izzah.... astagfirullah(jgn ikut)

namun per'sembangan'ku bersama izzah membawaku kepada kesedaran kdgkl kita terleka... lebih-lebih lagi masa cuti,... byk terlalai..

antara bait-bait per'sembangan' kami:

(longat kite-awak)

kekadang hidup rase sunyi sangat
izzah: macam takde ape-ape dalam idop
izzah: rase nak nangis walaupun tanpe sebab
izzah: rase rindu tapi tak tahu pd sape,,
izzah: nak berikan sayang tapi tak tau siapa yg berhak,,
izzah: tapi bila selidik sebenar benarnye,,
izzah: sdmua itu ALLAH nak kasi petunjuk supaya kembali mencintaiNYA,
izzah: kdg-kdg kekuatan tu ade,,
izzah: tapi slalunya takde,
izzah: taktau nak minta nsihat siapa,,
izzah: sebab
izzah: kita taktau antara kita siapa yg punye kekuatan
izzah: walhal yg kita nampak kuat itulah yg paling lemah
izzah: paling rindukan dorongan,,
izzah: tapi jangan lupe,,
izzah: ALLAH
izzah: DIA tak perlukan dorongan,,
izzah: tetapi DIA pendorong kekuatan
izzah: BERKHALWAT BESAMA dia ,,,
izzah: lebih bermakna berbanding berkhalwat bersama manusia,,
izzah: hidup memang tak indah
izzah: tapi adillah,,
izzah: dgn keindahan syurga
izzah: ALLAH

itu satu,
tapi siapa yg rebut cintaNYA takkan pernah kalah
izzah: ALLAH itu hebat
izzah: kerana mampu atur dunia,,
izzah: tapi kita tak pernah bersyukur
izzah: kita punya TUHAN YG HEBAT
izzah: tapi kita tak nak jadi hamba yg HEBAT
izzah: kenape ek..??

Ain Farhana pun menjawab...:
Ain : kenape?
ain : bukan tak nak jadik hamba yg hebat..
Ain : tapi sebab hati dah di selaputi dgn dosa ...
tu yg diri susah tuk menjadi hamba yg hebat..
ain: hati sudah terpaut pada keindahan dunia...
ain : terpesona dengan ciptaan Allah sendiri
Ain : tp perasan tak?
ain : setiap kali kita hampir lemas dengan keindahan dunia, Allah tarik kita dengan tali Kasih sayangNya
ain : tu maksudnya ALLAH SAYANGKAN KITA
ain :ada suatu masa kita didtgkn ujian...
ain : ketika itu kita rasa tiada siapa dpt bantu, tak tahu pada siapa kita nak kongsi..
ain : akhirnya masa kita kembali berserah dan meminta pertolongan dari Allah..
ain: sedarlah kita hanya Allah sahaja tempat kembali kita...
ain : tapi tulah , manusia time susah time tu baru nak ingat Allah

ain : izzah..
Ain : kita dah sempurnakan ayat awak?

izzah : urmm... dah .. terima kasih..



p/s: persembangn diatas ade sedikit pengolahn..
(ade ayat yg terlupe... minta maaf Izzah)

Rabu, 9 Jun 2010

KISAH HIDAYAH

PEROLEH HIDAYAH DI KELAB MALAM???

Dia memeluk Islam berikutan dialog yg diungkapkan semasa sama2 mengunjungi kelab malam.
Pd mulanya, selepas habis 'mabok2', psgn itu mmbuat kputusn mhu bermlm di sebuah hotel terkenal.
Tetapi, setelah berbincang, mereka membatalkan kputusan itu. antara dialognya:

Lelaki
: Jom lepak kat hotel B!!!!!!
Perempuan: Saye tak kisah tp klu penguatkuasa cekup, awak yg kene, sye tak.
Lelaki: Ya tak ya, untung jd org bukan Islam mcm awk, tak takut kena cekup.
Perempuan: kdg2 ade baiknya. skurang-kurangnya bg org yg dah berkahwin, tak lah die berani buat tak senonoh dgn org lainn di luar pengetahuan suaminya.
Lelaki: Klu awk dah kahwin nanti, awak cmburu tak klu suami awak ade 'affair' ngn
perempuan lain?
Perempuan: Mestilah.. semua org nak sebuah rumahtangga yg suci.
Lelaki: Org bukan Islam percayakan semua tu ke??
Perempuan: Klu kite hidup nak terus buat maksiat, smpai bile kite nak hidup bahagia?
Lelaki: Org mcm mane awak yakin boleh membahagiakn??
Perempuan: Lelaki tak jahat belakang isterinya...
Lelaki: bgaimane dgn sye??
Perempuan: Susah nak kate...
Lelaki: Awak mempertikaikan kesetiaan pershabatan kite???
Perempuan: Klu awk ikhlas, knpe awk tak ajak saye kahwin dgn betul??
Lelaki: Jd, awak yakin kesetiaan dan keikhalasan itu dtgnya hanya melalui perkahwinan??
Perempuan: Awak org Islam, sepatutnya hanya mengajak yg baik-baik shj..
Lelaki: Betul kate awak. Tp awk samggup ke nak masuk Islam??
Perempuan: Klu ksetiaan itu boleh dtg dr seorg lelaki Islam, ape slhny???
Lelaki: Awak sanggup ikut saya ke Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) daftarkan keislaman awak??
Perempuan: InsyaAllah..
Lelaki: Awak pun boleh kate insyaAllah??
Perempuan: Awk juge yg ajarkannya kan??
Lelaki: okey, esok, kite ambl cuti, kite pergi ke Jabatan Agama.

Esoknya lelaki itu mndftrkn keIslaman teman wanitanya di Pejabt Agama Daerah dgn mengungkpkn lafaz agong:

Laa ilaaha illallah Muhammadar Rasulullah- Tiade Tuhan y dismbh melainkn Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

click to create your own

Memadam Memori Silam


sebelum dilanda angin kesedaran,byk masa kita terisi dengan kejahilan, kealpaan dan pengumpulan dosa ,
sebelum dilimpahi Nur Hidayah, byak waktu yg terbuang tanpa
taubat dan amal soleh.
sebelum disapa gerimis keinsafan, banyak hati yg telah terguris, jiwa yg menderita, minda dan tubuh yg teraniaya dek perlakuan dan onar kita.
tatkala mengimbau kenangan jahiliah seringkali menginsafkan..
mungkinkah akan kita ulangi?

pendek kata, terlalu byak beban dosa yg kita tanggung.. cukup ke masa tuk basuh hati dari segala noda dan titik hitam yg lalu? sebanyak mana lagi ruang dan peluang buat hamba yg lemah ini?

Ya Allah, ampun dosakanlah hamba-hamba Mu yg sering khilaf..
selamatkanlah kami jika kami hanyut dengan keindahan dunia MU...
amiin....

* basuh hati bukan macam basuh motor....

Selasa, 8 Jun 2010

10 wasiat IMAM ABU HASSAN AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. ·
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam Jemaah Islam, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang. ·
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sabtu, 5 Jun 2010

NIKMAT

21 mei 2010..
kami seusrah mmengikuti aktiviti usrah yg setiap malam sabtu dijalankan..
bergabung dengan usrah Nurul Izzah Abdul Karim, kami telah membincgkan perihal nikmat....
pada malam itu kami berdua memfokuskan kepada anak2 usrah kami nikmat yg penting bagi kita..deria mata dan suara..
Alhamdulillah.. mereka dapat mensolusikan apa mesej yg nak disampaikan oleh kami berdua
melalui aktiviti yang disisipkan..

CUBA FIKIRKAN....
Ahamdulillah.... lihat sekeliling kita,macam macam Allah beri... udara, sumber air, pokok2,asrama yg bercat..hehe...tu yg zahir, yg kita tak nampak? kdgkla nikmat yg mengaburi mata tu menyebabkan terleka sebentar dgn keindahannya.. tulah ujian, adakah kita mmpu tuk terus bersyukur ..
ataupun kita terus dengan kelekaan kita...?? baikkan Allah, dari sekecil-kecil hingga perkara yg besar Allah beri pada kita... Tamsilnya..

manusia mempunyai 46 kromosom dlm setiap sel.. syukurlah sebab kite cukup kromosome
tak terlebih tak kurang...
andai kata aturan proses Anaphase tak berjalan dgn betul ...
kemungkinan kita boleh kena down sindrom...
subhanallah.. organel yg kecil pun ade fungsinya!

Tahmid!
nikmat kurnian itu umpama binatang buas,
dan hendaklah mengikatnya dgn tali syukur...



Tuntasnya, jika kita bersyukur atas segala nikmat yg diberikan..ingatlah,
Allah akn tambah lagi nikmat kepada kita..
Tetapi, AWAS! jika terus tunduk pada kelalaian serta kelekaan kita
pada nikmat dunia yang indah lagi mempersona ini, Wa'id Allah (Janji Allah) azab yg pedih menanti...

p/s tuk budak asrama: syukurlah walaupun makan ikan belender...kat gaza tu lagi syadid
makanannye,..

TERIMA KASIH YA ALLAH

AL-FATIHAH


Al-Fatihah adalah pembuka. Pembuka sebuah kitab yang Maha Agung. Pembuka pintu kebenaran.Surah ini juga dikatakan tulang belakang AlQuran.

sedarkah kita bahawa Al-Fatihah sebenarnya merupakan satu pedoman hidup yang paling tinggi nilainya kerana ia dibacakan paling sedikit 17 kali satu hari?

CUBA RENUNGKAN...

Ada 1.4 Milion orang Islam di dunia. Jika Al-Fatihah diucapkan 17 kali per hari pada waktu bershalat oleh setiap orang Muslim maksudnya Al-Fatihah diucapkan hampir 24 milion kali setiap hari. wow!

tapi, andainya hanya 50 peratus aje orang Islam setia dengan solatnya, itu masih bermaksud12 milion kalilah!

perasan tak, Al-Fatihah adalah doa terpopular dalam sejarah dunia kan?!!!


direkodkan oleh Muslim,Rasulullah saw bersabda, 'Allah Maha Suci dan Maha Tinggi berkata-kata:
aku membahagi al-Fatihah kepad 2 bahagian: separuh bagiku dan separuh lagi bagi hambaku. hambaku itu mendapat bahagian daripada apa ynag dia permohonkan. Rasulullah berkata,Bacalah ini. kerana apabila

seorang hamba membaca: Ahamdulillahirabbil'alamin
Allah menjawab: Hambaku memuji ku

hamba membaca: Ar-Rahmanirrahim
Allah menjawab: Hambaku menyanjungiku

bila hamba membaca lagi: Malikiaumiddin
Allah menjawab: hambaku memuliakan ku

si hamba membaca lagi: Iyyakan'budu waiyyakanasta'in
Maka Allah menyahut: ini bahagianku dan bahagian hambaku.Hambaku mendapat perkara yang dimintanya

Apabila hambaku membaca : Ihdinassiratal mustaqim.siratallazi na'aamta'alaihim gairil maghdubi 'alaihim waladdhallin,
Allah menyambut:semua itu bahagian hambaku . dia mendapat apa yang dimintanya.

AMIIN..
Al-Fatihah merupakan doa kesejahteraan yang merangkumi kehidupan dunia dan akhirat.
bacaan Al-Fatihah dalam solat pun kena jaga, solat terbatal jika bacaan Al-Fatihah tidak sempurna..
. bacaan perlulah Tallaqi dan Musyaffah.
'Perlulah diingat bahawa memelihara segala mahkraj dan tajwid ketika membaca Al-Fatihah tiap-tiap rakaat dalam solat," kata-kata ust Zahazan yang masih lagi terngiang-ngiang ditelinga.. sebagai inisiatif kita, semaklah bacaan kita dengan guru agama mahupun orang arif tentang bacaan Al-Quran.
p/s: semoga dengan hikmah Al-Fatihah dapat memberi keberkatan dalam hidup kita..