Sabtu, 14 Ogos 2010

PEMBUKAAN KOTA CONSTANTINOPLE oleh sultan muhammad al-fateh




http://baitulhadhari.ning.com/video/sultan-muhammad-alfateh

Ketika menggali parit Perang Khandaq, Nabi SAW bersabda“...

Constantinople (kini dikenali sebagai Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera... (riwayt imam ahmad)


Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.



Ramai yang beranggapan terlalu mustahil untuk menakluki kota tersebut memandangkan kekuatan kubu serta sistem pertahanan dan juga faktor geografi lain.



sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh, kota ini telah banyak kali cuba ditawan oleh kuasa lain tetapi gagal dan mampu bertahan lebih 1000 tahun.

Sistem pertahanan kota ini memang menakjubkan dan amat sukar ditembusi musuh musuh.
Menyedari hakikat ini. Sultan Muhammad Al-Fateh telah merancang dengan teliti strategi dan taktik untuk menakluk kota ini.

Strategi dan taktik perang Sultan Muhammad Al-Fateh telah diakui barat sehingga hari ini antara taktik perang yang hebat dan bijak serta unik.

Untuk mengawal dan mempertahankan wilayahnya dari mana-mana ancaman musuh. Sultan Muhammad Al-Fateh terlebih dulu membina sebuah tembok untuk tujuan keselamatan.
tembok inilah digelar sebagai Rumeli Hisari.

Dalam proses pembinaan tembok ini, Pemerintah Constantinople bertindak jahat mengarahkan ratusan askarnya merobohkan tembok ini diwaktu malam.
Namun Sultan Muhammad tidak putus asa. Pembinaan tembok itu tetap diteruskan.

Sultan Muhammad Al-Fatih juga turut sama membantu mengangkat batu dan membuat kerja buruh lain dalam pembinaan tembok ini. Ini sekali gus memaksa semua pembesar-pembesar dan ulama- ulama untuk turut serta membantu pembinaan.



Suatu hari, Sultan Muhammad mendengar tentang seorang pembuat meriam yang mahir dan handal bernama urban. tetapi malangnya Urban ketika itu dikurungkan dalam penjara oleh pemerintah constantinople oleh sebab keenganan beliau untuk bekerja sama dengan pemerintah constantinople yang amat zalim pada rakyatnya.

Sultan Muhammad Al-Fateh telah menghantar perisik untuk mengukur tembok, keluasan sungai dan struktur kota itu . Berbekalkan ukuran tersebut, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan agar terowong bawah tanah digali menuju ke bilik penjara Urban.
Urban berjaya dikeluarkan.

Urban telah bersetuju bekerjasama dengan kerajaan uthmaniyah dan telah mencipta meriam yang paling canggih dan paling kuat ketika itu.

Dikatakan bahawa berat bola meriam itu sahaja sudah melebihi 300 KG dan bunyi letupan meriam itu boleh didengari sejauh 5 kilometer.



Berbekalkan semangat jihad, Tentera Islam bergerak ingin menakluki kota constantinople. Tentera islam ketika itu terbahagi pada tentera darat dan tentera laut.

Sesampainya tentera islam (uthmaniyah) dihadapan kota constantinople, meriam yang besar pun dihalakan pada tembok kota constantinople yang utuh.
tembok constantinople merupakan tembok yang stabil dan sukar ditembusi oleh mana-mana peluru meriam kerana ketebalan dan terdapat dua lapisan tembok.

Sesudah itu, utusan dihantar menghadap pemerintah constantinople untuk menawarkan agar constantinople diserahkan secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah.
namun pemerintah constantinople enggan dan memilih peperangan

Pada subuh esok hari, Meriam tentera Muslim dilancarkan.
ternyata meriam ini dapat merosakkan tembok ini dengan meninggalkan kesan sedalam enam kaki.

meriam dilancar bertalu-talu...
dengan harapan agar tembok constantinople runtuh dan dapat ditembusi




kedudukan rantai besi yang mengawal perairan 'golden horn'
(garisan merah) suatu ketika dahulu

Kepungan Tentera islam belum lengkap lagi tanpa kehadiran sokongan tentera laut . kapal-kapal tentera islam tidak dapat masuk kedalam perairan tanjung emas (golden horn) kerana terdapatnya rantai besi yang panjang menghalang laluan kapal asing. Rantai ini cuba dimusnahkan oleh tentera islam dengan meriam dan gergaji tetapi masih gagal.

dalam masa yang sama, meriam-meriam tentera muslim masih dilancarkan pada tembok-tembok kota. meriam ini mengambil masa 3-4 jam untuk sejuk dan boleh digunakan semula..

satu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat idea yang teramat luar biasa untuk memindahkan kapal-kapal laut kedalam perairan tanjung emas (golden horn) untuk membantu serangan tentera darat.
Malam itu, kayu-kayu ditebang dan dijadikan landasan, dalam keadaan hujan yang renyai, tentera islam memindahkan kapal-kapal merentasi bukit untuk memasuki perairan tanjung emas.


SUBHANALLAH,
dalam satu malam 70 kapal perang berjaya dipindahkan kedalam tanjung emas.

keesokan paginya , penduduk constantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nashid tentera islam. mereka tidak dapat menyangka dan tidak percaya kapal-kapal tentera islam dapat masuk ke tanjung emas tanpa merosakkan rantai besi yang mengawal lalu lintas di tanjung itu.
Ada diantara tentera constantinople menganggap mereka menggunakan bantuan syaitan dan jin.
dalam keriuhan pagi itu, terdengar seorang ahli falsafah byzantine (constantinople) mengucapkan

"Tidaklah kami pernah melihat atau
mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan,
melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya
Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"

Selepas berjayanya membawa kapal-kapal memasuki tanjung emas, tentera islam mendapat seakan mendapat suntikan semangat baru.
ledakan meriam dan serangan dilancarkan siang dan malam.

Tentera-tentera bantuan dari eropah lari ketakutan apabila tembakan meriam memusnahkan salah satu kapal dagang di tanjung emas. mereka lari dari medan perang melalui kota gala

dalam keriuhan kota constantinople dengan peperangan. penduduk telah menyedari bahawa tentera islam telah mengorek terowong bawah tanah untuk masuk ke pusat kota.
kegelisahan dan ketakutan melanda semua penduduk sehinggakan mereka curiga dengan tapak kaki sendiri . mereka merasakan bahawa tentera islam boleh keluar bila-bila masa dari tanah.

Dengan keadaan berpihak pada tentera islam , sultan Muhammad sekali lagi telah mengutuskan seorang utusan untuk menawarkan pada Pemerintah Constantinople agar menyerahkan kota constantinople dengan aman.
namun Pemerintah Constantinople enggan. balasnya

"... syukur kepada Tuhan
kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi
aku bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayat demi takhta... atau mati
sahaja dan dikuburkan di kota ini!


mendengar balasan itu, Sultan Muhammad Al-Fateh berkata

"Baiklah... tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau
keranda...!".

Hari itu,29 Mei 1453M,
serangan utama
dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid
sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka
pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera
salib di kota itu.
Ketika itu, Laungan takbir seolah-olah menjadikan tentera islam seakan-akan singa dimedan perang.


Hujan panah pula sungguh hebat ..

Tentera islam berjaya menembusi kota pada bahagian pintu edirne dan mereka berjaya mengibarkan bendera Daulah uthmaniyah dipuncak kota

apabila melihat keadaan itu, Pemerintah constantinople berasa berputus asa lalu menanggalkan pakaian maharajanya agar tidak dikenali dan cuba melarikan diri.
namun, dia menemui ajalnya tak lama kemudian.

berita kematian pemerintah constantinople tersebar luas.
Tentera Constantinople makin lemah dan hilang arah selepas mengetahui kematian pemerintah mereka lantas mereka menyerah kalah.

Hari itu,setelah bertempur selama 53 hari. Tentera uthmaniyah berjaya menawan kota constantinople.


majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan
Muhammad Al-Fateh berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada
penduduk Costantinople

Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan
sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing
bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Sultan Muhammad Al-Fateh meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi , ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan
paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.





Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan agar gereja itu ditukar menjadi masjid.

Nama constantinople pula ditukar kepada Islam Bol bermaksud Bandar Islam

selepas pembukaannya

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

khas tuk muslimah...

Khamis, 12 Ogos 2010

Bicara tantang Palestine...

makan apa ek saudara2 ku kat sana?

macam mana mereka berpuasa???

macam mana mereka nak hidup...? semuanya disekat...

dah berpuluh tahun mereka menderita...

dan berpuluh kali mereka menghadapi Ramadan dengan penuh kesengsaraan..

tapi,

mereka gembira, syukur, dan menyambutnya dengan meriah bagaikan tidak mahu melepaskan kehadiran tetamu yang mulia...

dalam berpuasa pun mereka tetap bertahan, walaupun diancam peluru ,bom,

mereka tetap tabah! ini terbukti!

generasi palestin masih wujud lagi...






subhanallah! kuatnya mereka .
tengoklah...

kanak-kanak, wanita turut bersama mempertahankan negara...

mereka membawa misi penting.

biarpun berpuasa, mereka tetap kuat..

biarpun mereka sudah menyaksikan berarus-ratus kematian dihadapan mereka,

semangat mereka tidak pernah luntur menghalau zionis drpd tanah air mereka...

Subhanallah, kuatnya mereka..

macam mana kita???

kita tak diuji sebagaimana ujian yg dilalui rakyat palestin..

adakah Ramadan yang kita lalui lebih baik dari r
akyat palestin??

Tepuk dada , tanyalah Iman..

PALESTIN




Palestin isu kita...

kenapa???

ramai tak paham bertanya..:

"kamu bukan bangsa arab.."
"kamu bukan warganegara palestin"
" kenapa kamu yang bersungguh-sungguh dalam membantu palestin?"
"Yahudi tak ganggu kamu.."
"tapi kenapa kau juga turut membenci yahudi?"
" kami menyokong palestin atas dasar kemanusiaan. tetapi kamu?"

senang sahja jawapannya:

kami menyokong atas mencintai saudara kami dalam keimanan...

dan ikatan kami lebih kuat daripada ikatan keamanan..


untukmu palestin..


sesungguhnya ALLAH bersamamu

kami juga bersamamu

Selasa, 10 Ogos 2010

RAMADHAN KAREEM




Ramadhan kareem
kami menantikan dirimu..

Ramadhan datang lagi.
Azam ditanam tuk memperbaiki diri ini lebih baik dari tahun lepas..
aku rasa kesal.... menyelubungi diriku
bila ingat tahun-tahun lepas bagai 'mensia-siakan' Ramadhan
takutnya, perkara itu berulang kembali..
aku inginkan ramadan kali ini lebih baik dari tahun lalu

ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dgn sempurna...

Rasulullah SAW pernah bersabda: ada orang berpuasa tetapi tiada baginya pahala, yang ada baginya hanyalah lapar dah dahaga.

ya Allah .. nauzubillah.. takutnya..
aku tak nak termasuk dalam golongan itu..

sepatutnya aku meyambut ramadan kali ini dgn meriah,,
Ya! aku perlu lakukannya..
aku perlu menghiasi Ramadan kali ini dengan pelbagai ibadah
baca alquran, zikir, tarawih, solat sunat,qiam.. and so on

moga-moga keberkatan, ketenangan dan keindahan ramadan
hinggap pada diriku ini.
mudah-mudahan keampunan(magfirah) Allah juga dapat ku kecapi

*... Jomlah kita sama-sama mengimarahkan RAMADAN...*

RAMADAN, pesta Ibadah Umat Islam




Ahad, 8 Ogos 2010

PESANAN UNTUK AHLI USRAH YG DAH BALIK KG.

khas untuk Nur Afifah, Nur Fazidah, Intan Shafina dan Nur Fadhliah

* doa agar diberi kesihatan oleh Allah, sebab doa tu kan senjata mukmin...

*makan ubat jangan lupa

* jangan lupa senantiasa untuk mandi.

* doakan kami di sini agar terus kuat

* belajar, tu penting lagi seminggu lebih je nak trial SMA

* jangan lupa updated blog

* kami di sini merindui kamu semua