Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Rabu, 17 November 2010

AIDILADHA : sarat erti pengorbanan


HARI RAYA AIDILADHA

HARI RAYA KORBAN

HARI RAYA HAJI













Marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan dalam ertikata sebenar serta berusaha menterjemahkannya melalui perjuangan berterusan kita menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah yang sedang tenat oleh perbuatan yang dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia




Seperti mana kata Ustaz Radhi dalam blog beliau, kita mesti memahami sejauh mana kita telah melakukan pengorbanan- terhadap diri, sesama saudara se-islam (jauh dan dekat) dan paling penting kepada Allah Rabbul Jalil, Pemilik seluruh alam.

Selasa, 7 September 2010

Ucapan Lailahaillallah


Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy.

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu...

"wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".

Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini".

Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Selasa, 10 Ogos 2010

RAMADHAN KAREEM




Ramadhan kareem
kami menantikan dirimu..

Ramadhan datang lagi.
Azam ditanam tuk memperbaiki diri ini lebih baik dari tahun lepas..
aku rasa kesal.... menyelubungi diriku
bila ingat tahun-tahun lepas bagai 'mensia-siakan' Ramadhan
takutnya, perkara itu berulang kembali..
aku inginkan ramadan kali ini lebih baik dari tahun lalu

ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dgn sempurna...

Rasulullah SAW pernah bersabda: ada orang berpuasa tetapi tiada baginya pahala, yang ada baginya hanyalah lapar dah dahaga.

ya Allah .. nauzubillah.. takutnya..
aku tak nak termasuk dalam golongan itu..

sepatutnya aku meyambut ramadan kali ini dgn meriah,,
Ya! aku perlu lakukannya..
aku perlu menghiasi Ramadan kali ini dengan pelbagai ibadah
baca alquran, zikir, tarawih, solat sunat,qiam.. and so on

moga-moga keberkatan, ketenangan dan keindahan ramadan
hinggap pada diriku ini.
mudah-mudahan keampunan(magfirah) Allah juga dapat ku kecapi

*... Jomlah kita sama-sama mengimarahkan RAMADAN...*

RAMADAN, pesta Ibadah Umat Islam




Jumaat, 23 Julai 2010

dimana cinta

by : Musafir Dunia

Cerita ini adalah salah satu pengalamanku melihat gelagat rakan-rakanku sewaktu di bangku sekolah...

dimana cinta?selalu aku mencari makna itu dalam kehidupan yang aku jalani tetapi aku merasakan aku tidak menemui cinta itu. adakalanya aku tercari-cari dalam setiap diri manusia dan hamba yang aku kenali tapi tidak juga aku temui......

disini...diruangan ini aku ingin berkongsi cerita cinta ku.......

dahulu...aku adalah seorang pelajar yang mudah dipengaruh....disebab aku adalah headgirl bagi pelajar ting.1 jadi aku menjadi buah mulut bagi semua pelajar dan guru...ada seorang senior yang mjadi rebutan bagi pelajar perempuan...tapi aku tidak mempedulikannya...akhinya pelajar senior itu dapat menawan hati ku yang masih mentah...bermula hanya ingin berkawan tetapi syaitan telah melalaikan kami...pelajar senior itu sering mgungkapkan kata-kata manis,puisi dan sajak kepada ku...bagi ku itu adalah satu perkara yang baru dalam hidupku.....dia sering mgungkap kata janji yang manis pada diri ku.....tapi alhamdulillah allah masih mgukuh kan keiman ku...aku berkata pada diriku sendiri...."astagfirullah..siti itu khayalan kejar yang pasti..."disitu aku sedar bahawa allah masih sayang akan diriku...akhirnya keesokan hari aku berkata pada pelajar senior itu..."cukup sampai sini sahaja persahabatan kita...tentang hati dan perasaan saya....hanya ada pada muhammad dan allah" pelajar senior tu terpaku mdengar bicara ku.........mulai dari itu kami tidak lagi betegur.....


pada akhir persekolahan.........ayahku mgambilku diasrama....tiba-tiba...ada surat untuk ku dari seorang muslimin...aku mbuka sampul itu dan aku membacanya...


UNTUK ; mawar yang dirahmati ALLAH
DARI:diriku yang berjihad

assalamualaikum siti....abang minta maaf menganggu siti dengan surat ini...persekolahan sudah bagi siti ditahun satu sisekolah ini...dn abang yakin pada tahun hadapan insyaallah siti akan berpindah....abang pula akan menduduki spm...pertama kali abang berjumpa siti abang terpana dengan panahan pandangn syaitan...dan muli hari itu syahwat abang mendesak abang dekati siti...tetapi dengan kata-kata siti itu membuat abang sedar dengan lamunan abang...abang ada tanggungjawab sebagai seorang khalifah dibumi allah....allah hantar siti untuk abang untuk ingatkn diri abang...


disini juga ingin abang katakan mungkin ini yang terakhir komunikasi kita..kalau ada jodoh takkan keman itu janji allah........dan abang berpegang pada prinsip itu..
doakan kejayaan abang di masa hadapan..."



ku baca surat itu dengan pelbagai perasaan yang tidak dapat kuungkapkan...



masa berlalu begitu cepat...........kini aku begelar mahasiswi di universiti al azhar........dengan segulung ijazah ku bawa dengan rasa gembira....gelaran dr. dihadapan namaku diakhiri dengan al hafizah..



12 tahun begitulama.....ingatn ku pada muhammad masih dalam surat yang hampir hancur..
satu hari ibu menanya kan sama ada diriku bersedia menjadi isteri orang..

diakhirnya.........orang yang mendambakan diriku adalah bidadara ku disyurga.........moralnya...........cari cint allah dahulu ...jika ada cinta lagi dihatimu beri lah pada kedua ibubapa mu...jika ada lagi serpihan cinta baru lah beri pada orang yang mengharap pada diri mu.....allah tu akan sedar kan seseorang jika dia terlalai...itu tandanya allah cinta pada diri kita.......semoga cerita ini jadi pengjran bagi sahabat-sahabat diluar sana...kita kena lawan nafsu jangan jadi hamba kepad nafsu.........kepada pelajar yang bercouple....anda kena ingat cinta adakah cinta anda kepada maha pencipta sudah cukup sebelum anda bercinta dengan hamba maha pencipta?


kebejatan akhlak remaja zaman sekarang yamg menjadi hamba kepada hawa nafsu semakin berluasa.........bangun lah kita menjadi remaja yang berjihad di jalan allah... m,enjadi khalifah di jalan allah bukan menjadi bahan tawa syaitan.........


tiada gunanya kita bercinta jika tidak diredhai dan tiada gunanya jika kita bercinta dalam keadaan yang berdosa....allah telah tunjukkan jalan kepada setiap oarang islam..bergantung pada diri kita sama kita myedarinya atau tidak....


sampai sini sahaja coretan pengalamanku selama bergelar musafir dunia ni...moga mjadi iktibar pada kalian semua..wassalam

..sifat shirat (jambatan)

BY:NUR FADHLIAH BINTI JAMADI..
..ALLAH TAALA menciptakan jambatan penyeberangan diatas neraka,,
iaitu shirat..tempatnya persis di tengah2 jahanam,,yg sangat licin dan bisa mengelincirkan org yg
lewat diatasnya..shirat ini mempunyai tujuh pos (gardu)..setiap pos jaraknya dalam pejalanan
3000 tahun..seribu tahun jalannya naik,seribu tahun jalannya rata dan seribu tahun jalannya
turun..bentuk shirat itu lebih lembut drpd rambut,,lebih tajam drpd pedang dan lebih gelap
drpd malam..
pada setiap pos terdapat tujuh cabang,,setiap cabang bentuknya seperti tombak pnjg
yg d'tjmi hjgnya..lalu seorg hmba akn duduk d'ats pos itu untk d'tny tntg prkra yg d'prntahkan
ALLAH,,
pos pertama:seorang hamba akan d'priksa tentang keimanannya,jika ia selamat dari
kekufuran dan riya',,maka bebaslah ia..jika tidak selamat,,maka ia akan d'lemparkan ke dalam
neraka..
pos kedua:seorang hamba akn d'tny akn solatnya..pos ketiga:seorang hamba akn d'tny
zakatnya,,pos keempat:seorang hamba akn d'tny akan puasanya..
pos kelima:seorang hamba akn d'tny akn haji dan umrahnya...
pos keenam:seorang hamba akn d'tny akn wuduknya,,mandi wajibnya,,
pos ketujuh:seorang hamba akn d'tny akn perbuatan baiknya kpd ibu bapanya
tentang silaturrahim dan penganiayaan..
jika seorang hamba selamat drpd pertanyaan2 di setiap pos,,maka ia bebas masuk
syurga..jika dirinya tidak selamat,,maka ia terlemparke dalam neraka..
Dalam sebuah hadis menceritakan:Datanglah suatu kaum,,mereka b'diri d'tepi
shirat,,seraya berkata:"siapakah yg bakal menyelamatkan kami dari api neraka??"..
mereka tidak mahu melewati shirat sehingga mereka menangis..maka jibrail datang dan b'tnykan mereka:"apa yg membuat kamu tidak mahu melewati shirat ini??"..mereka menjawab:"kami takut jatuh ke neraka"..jibrail b'tanya lagi:"ketika kamu hendak menyeberangi lautan bagaimana caranya??"..mereka menjawab:"kami menyeberangi lautan dengan menggunakan perahu"..
Kemudian jibrail datang dengan membawa masjid yg biasa d'pakai oleh mereka untuk solat b'jemaah,,masjid itu d'umpamakan sebagai perahu..mereka duduk d'atas masjid itu untuk melewati shirat..lalu d'katakan kepada mereka:"ini adalah masjid2 kamu yg pernah kamu gunakan untuk solat b'jemaah"..

Orang Beriman Sebagai Penolong


by: Srikandi Khawlah(NJMA)

Firman ALLAH S.W.T bermaksud:"Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman sebagai penolong,marekalah yang akan mendapat kemenangan."(Surah al-Maidah 5:55-56)


Sungguhpun manusia merupakan makhluk paling sempurna ciptaan Allah,namun manusia jugalah yang paling mudah kehilangan sifat-sifat kemanusiaannya.Sedangkan makhluk-makhluk lain masih kekal dengan sifat semulajadinya dan kehidupan makhluk tersebut diteruskan mengikut ketetepan Rabbul Jalil.


Sebagai contoh yang mengikut logik akal manusia,lembu tidak pernah cuba untuk menjadi singa,supaya tampak gagah,malahan ia tetap dengan sifat semulajadinya memagut rumput,menghasilkan susu dan sebagainya.Singa sendiri tidak pernah mengangkat dirinya untuk bebas membaham sesiapa sahaja,sekadar untuk keperluan dan kelangsungan hidup spesiesnya.

Tetapi manusia yang tidak beriman sanggup melakukan onar,meredah dan membaham apa sahaja asalkan ia menguntugkan,mencampurkan antara yang hak dan batil,bermuka-muka dengan sesiapa sahaja demi kepentingan diri.

sebab itu kita kena yakin bahawa keyakinan,penghayatan dan perlaksanaan tuntutan kalimah
tayyibah ini menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenar atau sebaliknya.

ingatlah!!tanpa ucapan kalimahini akan menjatuhkan atau menjadikan seseorang itu serendah-rendah malah sehina-hina makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t.