Sabtu, 5 Jun 2010

AL-FATIHAH


Al-Fatihah adalah pembuka. Pembuka sebuah kitab yang Maha Agung. Pembuka pintu kebenaran.Surah ini juga dikatakan tulang belakang AlQuran.

sedarkah kita bahawa Al-Fatihah sebenarnya merupakan satu pedoman hidup yang paling tinggi nilainya kerana ia dibacakan paling sedikit 17 kali satu hari?

CUBA RENUNGKAN...

Ada 1.4 Milion orang Islam di dunia. Jika Al-Fatihah diucapkan 17 kali per hari pada waktu bershalat oleh setiap orang Muslim maksudnya Al-Fatihah diucapkan hampir 24 milion kali setiap hari. wow!

tapi, andainya hanya 50 peratus aje orang Islam setia dengan solatnya, itu masih bermaksud12 milion kalilah!

perasan tak, Al-Fatihah adalah doa terpopular dalam sejarah dunia kan?!!!


direkodkan oleh Muslim,Rasulullah saw bersabda, 'Allah Maha Suci dan Maha Tinggi berkata-kata:
aku membahagi al-Fatihah kepad 2 bahagian: separuh bagiku dan separuh lagi bagi hambaku. hambaku itu mendapat bahagian daripada apa ynag dia permohonkan. Rasulullah berkata,Bacalah ini. kerana apabila

seorang hamba membaca: Ahamdulillahirabbil'alamin
Allah menjawab: Hambaku memuji ku

hamba membaca: Ar-Rahmanirrahim
Allah menjawab: Hambaku menyanjungiku

bila hamba membaca lagi: Malikiaumiddin
Allah menjawab: hambaku memuliakan ku

si hamba membaca lagi: Iyyakan'budu waiyyakanasta'in
Maka Allah menyahut: ini bahagianku dan bahagian hambaku.Hambaku mendapat perkara yang dimintanya

Apabila hambaku membaca : Ihdinassiratal mustaqim.siratallazi na'aamta'alaihim gairil maghdubi 'alaihim waladdhallin,
Allah menyambut:semua itu bahagian hambaku . dia mendapat apa yang dimintanya.

AMIIN..
Al-Fatihah merupakan doa kesejahteraan yang merangkumi kehidupan dunia dan akhirat.
bacaan Al-Fatihah dalam solat pun kena jaga, solat terbatal jika bacaan Al-Fatihah tidak sempurna..
. bacaan perlulah Tallaqi dan Musyaffah.
'Perlulah diingat bahawa memelihara segala mahkraj dan tajwid ketika membaca Al-Fatihah tiap-tiap rakaat dalam solat," kata-kata ust Zahazan yang masih lagi terngiang-ngiang ditelinga.. sebagai inisiatif kita, semaklah bacaan kita dengan guru agama mahupun orang arif tentang bacaan Al-Quran.
p/s: semoga dengan hikmah Al-Fatihah dapat memberi keberkatan dalam hidup kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan