...........................................................
14 november 2010
(tarikh 'annivesary' perkahwinan ustaz fuad dan isteri beliau yg ke-16)
yang merupakan hari terakhir untuk kem bahasa 2010. majlis penutup pun berlangsung....
sudah pastinya ada guru-guru yang bagi ucapan.
kata-kata Miss Rafkah bt Mohd Januri sebagai pengarah kem bahasa 2010 begitu memberi kesan dalam hatiku sehingga kini..
(inginku kongsikan bersama teman-teman)
" ............... akhirnya kita dapat melaksanakan program ini yang menggunakan kos yang mencecah RM19,ooo, dari pendapatan kosong, Alhamdulillah.setelah berusaha sedaya upaya, penat lelah, akhirnya dapat kita laksanakan program ini.saya yakin dengan memegang prinsip 100% usaha, saya akan dapat 100% kejayaan.dan saya percaya ana-anak di depan saya semua akan berjaya...''
dalam nada sebak, tutur kata miss penuh harapan dan impian untuk menyaksikan anak-anak didiknya berjaya. kupasti, ada ikhwan dan akhawat form 5 juga menangis pd waktu itu.
mataku juga bergenang kerana aku juga adalah anak didiknya!
aku jua melihat sendiri Miss Rafkah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.daripada perancangan, kertas kerja dan hinggalah pelaksanaan program ini. aku bagai dapat melihat di terpamer apabila program ini berakhir. senyuman kepuasan juga dapat kulihat dari wajah guru-guru. kini tibalah para pelajarnya usaha untuk dapatkan yang terbaik!
bukan Miss Rafkah sahaja yang mengharapkan para peserta program (Ikhwan dan akhawat form 5) shaja brjaya, kesemua guru yang berucap juga menyata harapan yang sama.
tinggi harapan dan cita-cita dan guru-guru kitA.
ucapan dan harapan guru-guru itu sudah pastinya akan menjadi pembakar semangat untuk ikhwan dan akhawat f5 S.M.A.K.J yang mendengar untuk bertempur untuk SPM.
hah! kawan-kawan,
ternyata harapan guru begitu menggunung untuk kita berjaya. takkan lah kita hendak menghancurkannya semata-mata mengikut kehendak nafsu remaja kita?
harapan guru sama dgn harapan ayah ibu kita. tingginya harapan dan impian guru, tinggi lagilah usha kita!
tuk ikhwan & akhawat f5 :
semoga berjaya menjawab peperiksaan SPM. semoga natijah yang diperole adalah natijah yang terbaik di sisi ALLAH dan di sisi kalian. selamt menjawab!
# tahun depan kem bahasa 2011 INSYALLAH dijalankan di tempat yang sama,jadik ikhwan dan akhawat f4 SMAKJ, kumpullah duit ya! INSYALLAH tak mengecewakan, makanan sedap!
* MUTIARA MOTORS RESORT.
lain2 gambar takde , sebab kamera tertinggal dalam bas.... hehe
salam...
BalasPadamsayu sungguh dgr cite dan ulasan ni..
rindu miss, rindu semua di SMAKJ..
wassalam, kak nisah..
BalasPadamkami di sini rindu juga kak nisah...
terngiang-ngiang suara kak hanisah bagi tazkirah..
senang-senang dtglah smakj!
doakan kami disini ya!