Jumaat, 23 Julai 2010

Orang Beriman Sebagai Penolong


by: Srikandi Khawlah(NJMA)

Firman ALLAH S.W.T bermaksud:"Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman sebagai penolong,marekalah yang akan mendapat kemenangan."(Surah al-Maidah 5:55-56)


Sungguhpun manusia merupakan makhluk paling sempurna ciptaan Allah,namun manusia jugalah yang paling mudah kehilangan sifat-sifat kemanusiaannya.Sedangkan makhluk-makhluk lain masih kekal dengan sifat semulajadinya dan kehidupan makhluk tersebut diteruskan mengikut ketetepan Rabbul Jalil.


Sebagai contoh yang mengikut logik akal manusia,lembu tidak pernah cuba untuk menjadi singa,supaya tampak gagah,malahan ia tetap dengan sifat semulajadinya memagut rumput,menghasilkan susu dan sebagainya.Singa sendiri tidak pernah mengangkat dirinya untuk bebas membaham sesiapa sahaja,sekadar untuk keperluan dan kelangsungan hidup spesiesnya.

Tetapi manusia yang tidak beriman sanggup melakukan onar,meredah dan membaham apa sahaja asalkan ia menguntugkan,mencampurkan antara yang hak dan batil,bermuka-muka dengan sesiapa sahaja demi kepentingan diri.

sebab itu kita kena yakin bahawa keyakinan,penghayatan dan perlaksanaan tuntutan kalimah
tayyibah ini menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenar atau sebaliknya.

ingatlah!!tanpa ucapan kalimahini akan menjatuhkan atau menjadikan seseorang itu serendah-rendah malah sehina-hina makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan