Jumaat, 31 Disember 2010

Tips Kecantikan Islam

assalamualaikum dn slmt pg diucpkn kpd pembca2 blog ni,,,
Alhamdulillah ana dh sembuh dpd skit ana,,,demm cket jerk,,
tbe2 ana trigt ade bnde yg ana nk kongsi sblm ana kene dmm,,,
yelah mnusia hnya mrncg tp ALLAH yg mnntukn,,,
klah ana juz ade 6 tips jer tp ana hrp ade gnenye tok pmbce sume,,,


1) ssiapa yg nk wjh sllu sgr, brseri-seri dn cntik, cucilh minima
5 kli shari dgn air wuduk. Jgn lgsung dikringkn, biarkn mnitis
dn kring sndri. Lalu ambillah sjadah, solt, brzikir dn brdoa.

2)untk mghilgkn stress, prbnykknlh prgrakn. Prbnykknlah solat.
Ktika solt, kte mngerkkn slruh tbh llu brkonsultasilh pd Allah SWT
dgn zkir dn doa.

3)utk pelembp, agr awet mda, gneknlh senyumn. Tidk hnya di bibir
tp jge di hti. jgn lpe bisikkn 'kte kunci',"Allahuma KAma HAssanta
Khalqii Fahassin Khuluqii" yg brmksud "ya Allah sbgaimna egkau
tlh memperindh kjadianku, mka perindh pla akhlakku".(HR Ahmad).

4)utk pnya bibir cntik, bisikkn klimat2 Allah, tidk mnyakiti hti org len,
tidk mnyombongkn dri atu takabbur.

5)agr tbuh bdn lgsing, mulus, diet yg tratur dgn brpuasa seminggu
2 kali, Isnin dan Khamis. jika kuat, lbih bgs lg puasa Nabi Daud a.s
selang 1 hri. mknlh mknn hll, prbnyk syurn, buah-buahn, dn air putih.

6)utk mngembgkn dri, sebrkn slm dn sapaan. dgn demikian kta akn
bnyk dknl dn dsyangi.


oklah, itu je yg dpt ana kongsikn brsma. smoga ada mnfaat tok semua,,
mmndgkn ana xde trademark ana sndiri jd trpksalah ciplak cket,,,
renung2kn dn slmt bramal!!!!jgn lpe dismping kte mnjge diri kte
jgelah jga iman kte,,,wassalam,,,=)

Rabu, 29 Disember 2010









ASSALAMUALAIKUM kepada semua, huh.. dah lama tak update ye... anak usrah je yang rajin update he36x.







tuk adek2 form 3 SMAKJ khususnya....

keliru kemana hendak dituju selepas ini.. akak-akak sedia kan 'papan tanda' tuk adik-adik... baru download GPRS tau!. hehe..gurau je...


nasihat kami,


agar adik-adik minta pada ALLAH agar membuat pilihan yang betul..



Isnin, 13 Disember 2010

pantang larang berpacaran

assalamualaikum diucapkn kpd pembca2 sume...
trima ksih sbb bkk blog ni n support usrah ni..sbnrnya nk
kongsi 1 lgu ni...mgkin ada yg penah dgr...sya first time dgr
lgu ni mse tgh kems rumah tiba2 abg sya bkk lgu ni...mula2
dgr sya ckp dgn abg sya "apelh abg ni dgr lgu mcm ni...
klakarlh lgu dy"...tp klu tgk lirik lgu ni ade pengajarnnya...
semoga dpt manfaat...sebelum sesiapa bce ape2 yg dtulis kt
bwh ni.....saya(penulis) nk mintk maaf klu2 ada yg kurg
brknn dgn coretan ni...cbe dengar lgu ni dlu....


ok da dgr lgu nikn....
bris prtma dlm lgu ni brbunyi "klu brpacarn memg bnyk
pntg lrang"....
ok mksudnya klu nk brpsgn atupn istilh zmn skrg 'brcouple'
knelh ikot pntg larangnya....


dlm lirik lgu ni ade tulis bbrpa pntg largnya antaranya ialah:

1) kena jga mruah satu family,
2) klu brduaan kne pegi tmpt yg trg so,xdptlh tgk wyg
sme2.
3) tak boleh nk romantik pegang2 tgn,
4) klu ddk tak boleh rpt2 kne jauh2, lg jauh lg bgus.
5) pastu tak boleh couple lme2, klu dh trpikt tros jmpa
mak ayh die. tak dptlh nk 'dating' bnyk kali.

bnyk betullh pntg lrgkn...sikit2 tak boleh itulh inilh...mcm2..
tp klu kte pikir2 balik buat ape kte nk 'brcouple2' ni...
buang mse..yelah tak boleh langgar pntg larang....
ni bru sikit yg disebut dlm lgu, ntah2 ade bnyk lgi.
semua bnda tak boleh nk wat brsme2, kne wat sowg2,
so, lbey baik tak yah couple sbb dpt kurengkn mslh..
yg jeles 1 hal, blm msk bab merajuk lg...mnmbhkn mslh je...
hrp2 sesiapa yg bce coretan ni dptlh pikir2kn....
klu ade yg tak puas hati psl coretan ni bolehlh komen...
tak kisah nk komen ape2 pn sbb memg krg pndi bab2 ni...
sekian wassalam....




Jumaat, 3 Disember 2010

Pengaduan Kepada Allah




Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

Jumaat, 26 November 2010

MUSLIMAH YANG DIKASIHI

by:chye klmbutn

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
peliharalh aurtmu wlu di mna kau brada.
Jgn biarkn keindhn drimu mnjd tatapn lelaki yg bkn mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
pelihara solatmu, tndkkn pndgan mtamu
di hdpn lelaki yg bkn milikmu.
Kelak engkaulh yg bertuah ktika mnjd tetamu Allah.
Moga2 drimu dismbut pnuh ksih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
berakhlaklh dr pnduan Rasulmu, contohi dan ikutinya.
Psti engkau yg bhgia.Sejuk mata mmndg,
brchya dunia dgn hiasan muslimah solehah sprtimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
jdiknlh drimu sprti prmata yg brhrga dicelah kaca.
Ikuti printh agma, jauhi lrgnnya.
Al-Quran pnduan hidupmu, Hadith jd sumber rujuknmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
jgn biarkn drimu hnyut dgn arus kemodenan tnpa bkln ilmu di dada.
Renungilh msa dpnmu, ttpkn iman di dada.
Moga ia mnjd perisai buat drimu.Jgn kail pnjg sjengkal lautn dlm hndk diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
nilai cntamu hnya pd Allah yg 1, ksihi Tuhnmu,
redhailh Islam mnjd agmamu, pstitiada kcewa buatmu.
Kelak 1 hri nnti ada insn yg mnntimu.
Brkat ksihmu pd Allah yg 1 psti itulh insn yg mnjd cntamu di dunia wasilah dr Allah.
Moga brtmbh redha Allah pdmu, mlimph ksihnya pdmu engkau
mltak ksihmu pdNya dhulu sblum cnta pd
kekasih yg mnjd pilihn htimu...

Ahad, 21 November 2010

harapan dan impian

peristiwa yang amat mengingatkan diriku ini berlaku sewaktu aku mengikuti kem bahasa 2010 di Mutiara Motors Resort di Tg Sedili, kota Tinggi. sebenarnya aku bukanlah peserta sebenar untuk kem ini.. tapi aku hanyalah bidan terjun (bak kata Miss Rafkah) yg menolong guru-guru melaksanakan program itu.





...........................................................


14 november 2010




(tarikh 'annivesary' perkahwinan ustaz fuad dan isteri beliau yg ke-16)




yang merupakan hari terakhir untuk kem bahasa 2010. majlis penutup pun berlangsung....


sudah pastinya ada guru-guru yang bagi ucapan.




kata-kata Miss Rafkah bt Mohd Januri sebagai pengarah kem bahasa 2010 begitu memberi kesan dalam hatiku sehingga kini..


(inginku kongsikan bersama teman-teman)




" ............... akhirnya kita dapat melaksanakan program ini yang menggunakan kos yang mencecah RM19,ooo, dari pendapatan kosong, Alhamdulillah.setelah berusaha sedaya upaya, penat lelah, akhirnya dapat kita laksanakan program ini.saya yakin dengan memegang prinsip 100% usaha, saya akan dapat 100% kejayaan.dan saya percaya ana-anak di depan saya semua akan berjaya...''




dalam nada sebak, tutur kata miss penuh harapan dan impian untuk menyaksikan anak-anak didiknya berjaya. kupasti, ada ikhwan dan akhawat form 5 juga menangis pd waktu itu.


mataku juga bergenang kerana aku juga adalah anak didiknya!




aku jua melihat sendiri Miss Rafkah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.daripada perancangan, kertas kerja dan hinggalah pelaksanaan program ini. aku bagai dapat melihat di terpamer apabila program ini berakhir. senyuman kepuasan juga dapat kulihat dari wajah guru-guru. kini tibalah para pelajarnya usaha untuk dapatkan yang terbaik!




bukan Miss Rafkah sahaja yang mengharapkan para peserta program (Ikhwan dan akhawat form 5) shaja brjaya, kesemua guru yang berucap juga menyata harapan yang sama.


tinggi harapan dan cita-cita dan guru-guru kitA.




ucapan dan harapan guru-guru itu sudah pastinya akan menjadi pembakar semangat untuk ikhwan dan akhawat f5 S.M.A.K.J yang mendengar untuk bertempur untuk SPM.




hah! kawan-kawan,




ternyata harapan guru begitu menggunung untuk kita berjaya. takkan lah kita hendak menghancurkannya semata-mata mengikut kehendak nafsu remaja kita?


harapan guru sama dgn harapan ayah ibu kita. tingginya harapan dan impian guru, tinggi lagilah usha kita!




tuk ikhwan & akhawat f5 :




semoga berjaya menjawab peperiksaan SPM. semoga natijah yang diperole adalah natijah yang terbaik di sisi ALLAH dan di sisi kalian. selamt menjawab!




# tahun depan kem bahasa 2011 INSYALLAH dijalankan di tempat yang sama,jadik ikhwan dan akhawat f4 SMAKJ, kumpullah duit ya! INSYALLAH tak mengecewakan, makanan sedap!




* MUTIARA MOTORS RESORT.








lain2 gambar takde , sebab kamera tertinggal dalam bas.... hehe















Khamis, 18 November 2010

keistimewaan wanita

seindah hiasan adalah wanita solehah
1~Doa wanita itu lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yg lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab bginda,

"Ibu lebih penyayang dpd bapa dan doa org yg penyayang tidak akn sia2."


2~Wnita yg solehah(baik) itu lebih baik dpd 1000 lelaki yg soleh.
3~Brgsiapa yg mggmbirakn anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg sentiasa menangis krn takutkn ALLAH. org yg takutkn ALLAH SWT akn diharamkn api neraka ke atas tubuhnya.


4~Wanita yg tiggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah SAW di dalam syurga.


5~Brgsiapa membawa hadiah(brg makanan dari pasar ke rumah lalu diberikn kpd keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dpd lelaki. Maka siapa yg menggembirakn anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6~Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7~siapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak prmpuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dlm pergaulan dgn mereka dan mendidik mereka dgn penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8~apabila memaggil akan dirimu kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


9~Daripada Aisyah r.a,"brgsiapa yg diuji dgn sesuatu dpd anak2 perempuannya lalu dia berbuat baek kpd mrka,maka mereka akn menjadi penghalang baginya dpd api neraka.


10~Wanita yg taat brkhidmat kpd suaminya akan tertutuplah pintu-pintu nerka & terbukalah ipntu2 syurga.Masuklah dari mana-mana pun pintu yg dia kehendaki dgn tidak dihisab.


11~Wanita yg taat pd suaminya, maka semua ikan-ikan dilaut. barag di udara,malaikt di langit,mtahari & bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat suaminya serta menjaga solat& puasanya


12~Aisyah r.a berkata,"aku bertanya kpd Rasulullah,siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita?" jawab Rasulullah,"suaminya.""sapa pula berhak trhdp lelaki?"jawab Rasulullah,"ibunya"


13~perempuan apabila solat 5 waktu,puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kpd suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yg dikehendaki.


14~setiap perempuan yg menolong suaminya dlm hal agama, maka ALLAH SWT memasukknya ke dlm syurga 10,000 tahun terlebih dahulu dpd suaminya.


15~apabila seorang perempuan mengandungkan janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat utknya. ALLAH mncttkn bgnya 1000 kbaikn & mghpskn drnya 1000 kjhtn.


16~apabila seorg perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka ALLAH SWT mencatatkan baginya pahala org yg brjihad pd jln ALLAH.


17~apabila seorg prmpuan melahirkn anak,keluarlah dia dari dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18~apabila telah lahir anak lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap tegukkan susunya diberi 1 kebajikan.

Rabu, 17 November 2010

AIDILADHA : sarat erti pengorbanan


HARI RAYA AIDILADHA

HARI RAYA KORBAN

HARI RAYA HAJI













Marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan dalam ertikata sebenar serta berusaha menterjemahkannya melalui perjuangan berterusan kita menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah yang sedang tenat oleh perbuatan yang dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia




Seperti mana kata Ustaz Radhi dalam blog beliau, kita mesti memahami sejauh mana kita telah melakukan pengorbanan- terhadap diri, sesama saudara se-islam (jauh dan dekat) dan paling penting kepada Allah Rabbul Jalil, Pemilik seluruh alam.

Khamis, 30 September 2010

ari raye

Bersempena ari raye yg mulia ni mesti dpt bnyk ketupat rye kn.....btol x??

but remember jge adab kalau ada orang ajak raya makn tau!!!!(walaupun sekarang ari rayer aidil adha) mcm mne nk jge adab mkn????????meh sini ana bgtau........



Adab Menjamu Selerakat rumah orang

by : chye kelembutan



1) klu tuan rumah hidgkn pe2 kte mkn je ape yg dihidgkn utk kte,,,selagi x haram

di sisi agama kte......



2)klu da kenyang, tolaklh dgn cre yg bek. jgnlh kte pre2 mkn after 2 luahkn blk mknn

yg x trteln..



3) elakkn mkn dgn gelojoh dan tamak,,,,,igt tu..





to be continue..........keh3x

Sabtu, 11 September 2010

eid mubarak!




hayatilah pengertian sebenar aidilfitri,
ianya bukan sahaja sebuah perayaan ,
maknanya tersirat dan sukar difahami,
kecuali mereka yang memahaminya..

Selasa, 7 September 2010

Ucapan Lailahaillallah


Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy.

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu...

"wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".

Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini".

Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

kakakku...

Ahad, 5 September 2010

Menghitung hari..

pejam celik pejam celik,,lagi beberapa hari je Ramadan akan meninggalkan kita...

pejam celik pejam celik dah hari ke-27 ramadan dah..
bersedihlah.. kerana sebentar lagi ramadan akan meninggalkan kita semua..
ntah dapatkah kita berjumpa 'tetamu' yg mulia ini lagi

pejam celik-pejam celik,,, pantasnya masa berlalu..

pejam celik-pejam celik, dah 17 kali melalui ramadan..
(saya lahir 4 syaaban 1414, kire2 17 kali lah)
adekah ramadan tahun ini lebih baek dari 16 ramadan yg dah lepas..

makin dipejam makin byk bayangan pensia-sianku terhadap ramadan kali ini,,,

Ya Rabb, ampumkanlah aku.. ampunkanlah kami..

pejam celik pejam celik.. sekejapnya puasa...

pejam celik-pejam celik.. eh eh dah nak raya dah..

sebelum pejam tak celik-celik..

disini saya dan semua ahli usrah soutuliibad ingin memohon maaaf andai ada salah dan silap dalam mengatur laku atau menutur kata ataupun mana-mana statement yg munkin mengguris hati dan perasaan mana2 pihak.. kami juga pohon ampun atas segenap kekhilafan dankelalaian kami....
kira serilah 0-0..




gambar hiasan sahaja!



terciptalah kemaafan, terukir keampunan
pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
tak kan lama ianya terpisah
bertaut di hari raya

pada nur ramadhan yang terus membara
sinar kemeriahan syawal pun menyala
kita raikannya dengan indah bersaudara
menjadi sebagai tangan kiri dan kanan

yang sentuhan keduanya
saling membersihkan
kembali kepada fitrah
kepada ukhuwwah
kembali seluruhnya pada Allah
berkah di hari raya

maafkan saja segala sengketa lama
yang membeku di jiwa
di bulan yang mulia hari yang bahagia
moga ukhuwwah terjalin selamanya

* nak nyanyi tak leh, aurat... kekekekeh


EID MUBARAK! 1431H


* balik rumah jgn racing motor... bahaya! hahah..
(berhemah dijalan raya!)


penghinaan terhadap islam...

YaAllah... umat Islam semakin tertindas...bantulah kami ya Allah...

Kasut oh kasut....














Peh... ini satu penghinaan...




Patung yang dipamerkan secara jelas menghina Islam, pada satu pameran seni antarabangsa ke 29 yang diadakan di Madrid, Spanyol.
Patung yang dipamerkan itu sedang menggambarkan tiga orang tokoh agama yang berbeza. Patung yang menggambarkan seorang muslim yang memakai kopiah sedang sujud, di atasnya seorang paderi kristian yang sedang berlutut dan seorang lagi pemimpin Yahudi sedang berdiri di atas bahu seorang paderi.
Pemeran patung kontroversi itu dirancang oleh seorang artis berasal dari Spanyol, Eugenio Mirno. Seni patung itu diberinama "tangga ke langit".
Pameran seni itu mendapat kecaman dari banyak pihak, termasuk orang-orang Yahudi.

"Patung itu seolah-olah menggambarkan bahawa orang-orang Yahudi itu lebih berkuasa dan tinggi tarafnya dari orang-orang Islam.
Ini menimbulkan kemarahan Umat Islam yang melihat pameran tersebut dan mempersoalkan, apakah ia (patung yang disimbolkan seorang Muslim) itu benar muslim atau Yahudi?
Sementara itu, pereka patung tersebut, Eugenio Mirno, menafikan patung itu bertujuan untuk menghina Umat Islam. Menurutnya, patung itu dibuat hanya untuk menggambarkan Islam dan Kristian sedang berusaha keras bersama-sama untuk sampai kepada Tuhan.
Walaupun patung tersebut menimbulkan kontroversi, tapi ternyata patung itu telah terjual dengan harga 50,000 euro bersamaan dengan 68,500 USD.

Bukan itu sahaja..

kita biasa melihat di negara BARAT bahawa tandas lelaki dilengkapi panorama indah iaitu gambar model-model seksi yang separuh terlanjang..tapi ini lain pula jadinya>...
sasaran mereka menjadikan arca seolah-0lah wanita islam yang bertudung melekat pada tandas lelaki>>>>






Ade lagi yg menyedihkan..














BOIKOT JOM...
hahah.. melekek-lekek ketawa tengok iklan minuman bergas cocacola...' gerrr' kononnyelah...peminun akan bergegar satu badan bile minum minuman ini.. ntahla.. aku pun tak paham ape mesej yg cuba disampaikan... lampi sekejap..

tau tak di sebalik tulisan COCA COLA, minuman yg bergas ni...

saya dapat tahu pun masa saya berada di ting. 1...masa tu seorang mira (bukan nama sebenar) membeli'nya' di kantin sekolah.. saya bersama Aqilah (identiti sebenar dirahsiakan) pergi ke kantin juga pada waktu itu... bila qila melihat mira membeli air itu,,, dia menarik saya.. dia pun bagitau tentang tulisan minuman ni.. saya pun mengiakannya, dia pun berkata, "jom kita mintak botol air tu... lepas dia habis minum",.. bile nampak botol tu kosong je, cepat2 kami meminta botol tu.. betullah ade perkataan la muhammad la mekah.. edisi bahasa arab.. yg bermaksud tiada muhammad, tiada mekah..
sejak itu saya saya tidak membeli minuman ini....

macam mana nak tengok??
amik botol coca cola yg sepah-sepah kat tengah jalan,( dari bersepah baik kite pungut: menjamin kebersihan negara) tanggalkan 'plastik' cocacola yg melilit pada botol tu.. terbalikkan.. dan perhatikan betul2 dari belakang plastik itu... ade org lebih selesa melihatnya melalui cermin.. it's up to you!..

hah! ni gambar yg lebih jelas .... nampak tak??




Ini adalah petikan di antara iklan iklan 'Coke' yang di terbitkan di Eropah.
Biadap sungguh mereka MEMPERSENDAKAN Islam.
Masih Nak Minum
COCA COLA Lagi Ke….?




*mase raye ni mesti ramai yg beli minuman bergas tuk hidanagn tetamu.. mudahlah katakan..
ingat jgn beli beli cocacola, gunakan Radix = HPA

p/s hati-hati ya!
...................................


* Hakikatnya, terlalu banyak penghinaan yang dilakukan oleh orang- orang Kafir terhadap Islam. Mereka melakukan pelbagai cara agar dapat meletakkan orang-orang Islam di tempat yang paling bawah sekali.

* Perbuatan seperti ini akan menakutkan orang- orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Namun ia bukanlah isu yang harus diperbesarkan kerana secara fitrahnya Islam itu sungguh sempurna, jika tidak masakan semakin hari semakin ramai yang menganut agama yang indah ini???

* Perbuatan mereka inilah yang membuatkan masyarakat bukan Islam Barat terutamanya tertanya-tanya tentang Islam dan cuba mendekati dan mengkaji Islam itu sendiri dan akhirnya mereka akan jumpa kebenaran yang selama ini tereslindung dari mata mereka



sebenarnya ada lagi gambar yg tidak sanggup saya kongsikan di sini..

pilu.. sedih .. hati bila melihat umat islam dihina..

bahkan bukan je.. agama serta umat islam yg dihina dan ditindas..

tetapi nabi junjungan mulia...juga dihina walaupun sudah lama wafat

antaranya karikatur yg amat2 menghina nabi sebagai utusan Allah..

* Karikatur-karikatur yg menghina nabi jelas sekali menghina dan mengguris hati umat Islam sedangkan umat Islam sendiri tidak pernah mahu mempermainkan Tuhan atau kepercayaan orang- orang kafir kerana ianya dilarang oleh Allah s.w.t. ( walaupun terdapat segelintir kecil umat Islam yang melakukannya).

* Namun, kita sebagai umat Islam tidak perlu melatah kerana memang menjadi sifat orang- orang kafir sejak azali yang sentiasa ingin menghancurkan Islam di muka bumi
setiap kejadian ada hikmahnya

* Kita hendaklah sedar, selepas kejadian 11 September 2001, Islam berjaya mencuri perhatian kebanyakan masyarakat Eropah, dan hasilnya??? Ramai yang telah memeluk Islam dan ramai kalangan cerdik pandai muncul di kalangan orang Islam sekaligus menimbulkan rasa cemburu dan takut dikalangan orang bukan Islam.

* Ia mungkin menjadi salah satu faktor berkembangnya Islamofobia yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

*islamophobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim[1.
saya ambil dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Islamofobia.

* Penyiaran karikatur yang menghina Islam adalah antara strategi musuh untuk menjatuhkan reputasi Islam di bumi Barat. Mereka mengkritik secara peribadi melalui kaedah karikatur yang menghina Islam dan apabila orang Islam marah dan melatah, melakukan pelbagai rusuhan dan demontrasi ketika inilah media Barat khususnya yang menyokong ideologi Barat akan memomokkan seluruh dunia bahawa Islam adalah pengganas, tidak hormat undang- undang dan sebagainya.

* Dalam hal ini, penting sekali umat Islam seluruh dunia menggunakan kebijaksanaan berbanding menggunakan emosi dalam menunjukkan perasaan tidak puas hati.

* Lebih penting lagi, akibat penghinaan Islam ini, jangan pula kita menghina agama- agama lain kerana Islam mengamalkan dasar menghormati kepercayaan lain sejak dahulu lagi


:: walaupun islam semakin tertindas... tetapi semakin ramai yang bangkit tuk menegakkan n memperjuangkan kalimah Allah.. Antaranya,, HPA product..: mereka membuka mata masyarakat betapa pentingnya produk halal n produk islam.... jadi... sokonglah HPA product::
''''PENYOKONG TEGAR HPA PRODUCT'''

p/s: tentang mknn halal insyALLAH akan saya sambung pd pos kan datang..


selamat hari raya!


-saya budak baek-

Sabtu, 14 Ogos 2010

PEMBUKAAN KOTA CONSTANTINOPLE oleh sultan muhammad al-fateh




http://baitulhadhari.ning.com/video/sultan-muhammad-alfateh

Ketika menggali parit Perang Khandaq, Nabi SAW bersabda“...

Constantinople (kini dikenali sebagai Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera... (riwayt imam ahmad)


Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.



Ramai yang beranggapan terlalu mustahil untuk menakluki kota tersebut memandangkan kekuatan kubu serta sistem pertahanan dan juga faktor geografi lain.



sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh, kota ini telah banyak kali cuba ditawan oleh kuasa lain tetapi gagal dan mampu bertahan lebih 1000 tahun.

Sistem pertahanan kota ini memang menakjubkan dan amat sukar ditembusi musuh musuh.
Menyedari hakikat ini. Sultan Muhammad Al-Fateh telah merancang dengan teliti strategi dan taktik untuk menakluk kota ini.

Strategi dan taktik perang Sultan Muhammad Al-Fateh telah diakui barat sehingga hari ini antara taktik perang yang hebat dan bijak serta unik.

Untuk mengawal dan mempertahankan wilayahnya dari mana-mana ancaman musuh. Sultan Muhammad Al-Fateh terlebih dulu membina sebuah tembok untuk tujuan keselamatan.
tembok inilah digelar sebagai Rumeli Hisari.

Dalam proses pembinaan tembok ini, Pemerintah Constantinople bertindak jahat mengarahkan ratusan askarnya merobohkan tembok ini diwaktu malam.
Namun Sultan Muhammad tidak putus asa. Pembinaan tembok itu tetap diteruskan.

Sultan Muhammad Al-Fatih juga turut sama membantu mengangkat batu dan membuat kerja buruh lain dalam pembinaan tembok ini. Ini sekali gus memaksa semua pembesar-pembesar dan ulama- ulama untuk turut serta membantu pembinaan.



Suatu hari, Sultan Muhammad mendengar tentang seorang pembuat meriam yang mahir dan handal bernama urban. tetapi malangnya Urban ketika itu dikurungkan dalam penjara oleh pemerintah constantinople oleh sebab keenganan beliau untuk bekerja sama dengan pemerintah constantinople yang amat zalim pada rakyatnya.

Sultan Muhammad Al-Fateh telah menghantar perisik untuk mengukur tembok, keluasan sungai dan struktur kota itu . Berbekalkan ukuran tersebut, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan agar terowong bawah tanah digali menuju ke bilik penjara Urban.
Urban berjaya dikeluarkan.

Urban telah bersetuju bekerjasama dengan kerajaan uthmaniyah dan telah mencipta meriam yang paling canggih dan paling kuat ketika itu.

Dikatakan bahawa berat bola meriam itu sahaja sudah melebihi 300 KG dan bunyi letupan meriam itu boleh didengari sejauh 5 kilometer.



Berbekalkan semangat jihad, Tentera Islam bergerak ingin menakluki kota constantinople. Tentera islam ketika itu terbahagi pada tentera darat dan tentera laut.

Sesampainya tentera islam (uthmaniyah) dihadapan kota constantinople, meriam yang besar pun dihalakan pada tembok kota constantinople yang utuh.
tembok constantinople merupakan tembok yang stabil dan sukar ditembusi oleh mana-mana peluru meriam kerana ketebalan dan terdapat dua lapisan tembok.

Sesudah itu, utusan dihantar menghadap pemerintah constantinople untuk menawarkan agar constantinople diserahkan secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah.
namun pemerintah constantinople enggan dan memilih peperangan

Pada subuh esok hari, Meriam tentera Muslim dilancarkan.
ternyata meriam ini dapat merosakkan tembok ini dengan meninggalkan kesan sedalam enam kaki.

meriam dilancar bertalu-talu...
dengan harapan agar tembok constantinople runtuh dan dapat ditembusi




kedudukan rantai besi yang mengawal perairan 'golden horn'
(garisan merah) suatu ketika dahulu

Kepungan Tentera islam belum lengkap lagi tanpa kehadiran sokongan tentera laut . kapal-kapal tentera islam tidak dapat masuk kedalam perairan tanjung emas (golden horn) kerana terdapatnya rantai besi yang panjang menghalang laluan kapal asing. Rantai ini cuba dimusnahkan oleh tentera islam dengan meriam dan gergaji tetapi masih gagal.

dalam masa yang sama, meriam-meriam tentera muslim masih dilancarkan pada tembok-tembok kota. meriam ini mengambil masa 3-4 jam untuk sejuk dan boleh digunakan semula..

satu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat idea yang teramat luar biasa untuk memindahkan kapal-kapal laut kedalam perairan tanjung emas (golden horn) untuk membantu serangan tentera darat.
Malam itu, kayu-kayu ditebang dan dijadikan landasan, dalam keadaan hujan yang renyai, tentera islam memindahkan kapal-kapal merentasi bukit untuk memasuki perairan tanjung emas.


SUBHANALLAH,
dalam satu malam 70 kapal perang berjaya dipindahkan kedalam tanjung emas.

keesokan paginya , penduduk constantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nashid tentera islam. mereka tidak dapat menyangka dan tidak percaya kapal-kapal tentera islam dapat masuk ke tanjung emas tanpa merosakkan rantai besi yang mengawal lalu lintas di tanjung itu.
Ada diantara tentera constantinople menganggap mereka menggunakan bantuan syaitan dan jin.
dalam keriuhan pagi itu, terdengar seorang ahli falsafah byzantine (constantinople) mengucapkan

"Tidaklah kami pernah melihat atau
mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan,
melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya
Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"

Selepas berjayanya membawa kapal-kapal memasuki tanjung emas, tentera islam mendapat seakan mendapat suntikan semangat baru.
ledakan meriam dan serangan dilancarkan siang dan malam.

Tentera-tentera bantuan dari eropah lari ketakutan apabila tembakan meriam memusnahkan salah satu kapal dagang di tanjung emas. mereka lari dari medan perang melalui kota gala

dalam keriuhan kota constantinople dengan peperangan. penduduk telah menyedari bahawa tentera islam telah mengorek terowong bawah tanah untuk masuk ke pusat kota.
kegelisahan dan ketakutan melanda semua penduduk sehinggakan mereka curiga dengan tapak kaki sendiri . mereka merasakan bahawa tentera islam boleh keluar bila-bila masa dari tanah.

Dengan keadaan berpihak pada tentera islam , sultan Muhammad sekali lagi telah mengutuskan seorang utusan untuk menawarkan pada Pemerintah Constantinople agar menyerahkan kota constantinople dengan aman.
namun Pemerintah Constantinople enggan. balasnya

"... syukur kepada Tuhan
kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi
aku bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayat demi takhta... atau mati
sahaja dan dikuburkan di kota ini!


mendengar balasan itu, Sultan Muhammad Al-Fateh berkata

"Baiklah... tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau
keranda...!".

Hari itu,29 Mei 1453M,
serangan utama
dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid
sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka
pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera
salib di kota itu.
Ketika itu, Laungan takbir seolah-olah menjadikan tentera islam seakan-akan singa dimedan perang.


Hujan panah pula sungguh hebat ..

Tentera islam berjaya menembusi kota pada bahagian pintu edirne dan mereka berjaya mengibarkan bendera Daulah uthmaniyah dipuncak kota

apabila melihat keadaan itu, Pemerintah constantinople berasa berputus asa lalu menanggalkan pakaian maharajanya agar tidak dikenali dan cuba melarikan diri.
namun, dia menemui ajalnya tak lama kemudian.

berita kematian pemerintah constantinople tersebar luas.
Tentera Constantinople makin lemah dan hilang arah selepas mengetahui kematian pemerintah mereka lantas mereka menyerah kalah.

Hari itu,setelah bertempur selama 53 hari. Tentera uthmaniyah berjaya menawan kota constantinople.


majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan
Muhammad Al-Fateh berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada
penduduk Costantinople

Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan
sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing
bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Sultan Muhammad Al-Fateh meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi , ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan
paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.





Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan agar gereja itu ditukar menjadi masjid.

Nama constantinople pula ditukar kepada Islam Bol bermaksud Bandar Islam

selepas pembukaannya

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

khas tuk muslimah...

Khamis, 12 Ogos 2010

Bicara tantang Palestine...

makan apa ek saudara2 ku kat sana?

macam mana mereka berpuasa???

macam mana mereka nak hidup...? semuanya disekat...

dah berpuluh tahun mereka menderita...

dan berpuluh kali mereka menghadapi Ramadan dengan penuh kesengsaraan..

tapi,

mereka gembira, syukur, dan menyambutnya dengan meriah bagaikan tidak mahu melepaskan kehadiran tetamu yang mulia...

dalam berpuasa pun mereka tetap bertahan, walaupun diancam peluru ,bom,

mereka tetap tabah! ini terbukti!

generasi palestin masih wujud lagi...






subhanallah! kuatnya mereka .
tengoklah...

kanak-kanak, wanita turut bersama mempertahankan negara...

mereka membawa misi penting.

biarpun berpuasa, mereka tetap kuat..

biarpun mereka sudah menyaksikan berarus-ratus kematian dihadapan mereka,

semangat mereka tidak pernah luntur menghalau zionis drpd tanah air mereka...

Subhanallah, kuatnya mereka..

macam mana kita???

kita tak diuji sebagaimana ujian yg dilalui rakyat palestin..

adakah Ramadan yang kita lalui lebih baik dari r
akyat palestin??

Tepuk dada , tanyalah Iman..

PALESTIN




Palestin isu kita...

kenapa???

ramai tak paham bertanya..:

"kamu bukan bangsa arab.."
"kamu bukan warganegara palestin"
" kenapa kamu yang bersungguh-sungguh dalam membantu palestin?"
"Yahudi tak ganggu kamu.."
"tapi kenapa kau juga turut membenci yahudi?"
" kami menyokong palestin atas dasar kemanusiaan. tetapi kamu?"

senang sahja jawapannya:

kami menyokong atas mencintai saudara kami dalam keimanan...

dan ikatan kami lebih kuat daripada ikatan keamanan..


untukmu palestin..


sesungguhnya ALLAH bersamamu

kami juga bersamamu

Selasa, 10 Ogos 2010

RAMADHAN KAREEM




Ramadhan kareem
kami menantikan dirimu..

Ramadhan datang lagi.
Azam ditanam tuk memperbaiki diri ini lebih baik dari tahun lepas..
aku rasa kesal.... menyelubungi diriku
bila ingat tahun-tahun lepas bagai 'mensia-siakan' Ramadhan
takutnya, perkara itu berulang kembali..
aku inginkan ramadan kali ini lebih baik dari tahun lalu

ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dgn sempurna...

Rasulullah SAW pernah bersabda: ada orang berpuasa tetapi tiada baginya pahala, yang ada baginya hanyalah lapar dah dahaga.

ya Allah .. nauzubillah.. takutnya..
aku tak nak termasuk dalam golongan itu..

sepatutnya aku meyambut ramadan kali ini dgn meriah,,
Ya! aku perlu lakukannya..
aku perlu menghiasi Ramadan kali ini dengan pelbagai ibadah
baca alquran, zikir, tarawih, solat sunat,qiam.. and so on

moga-moga keberkatan, ketenangan dan keindahan ramadan
hinggap pada diriku ini.
mudah-mudahan keampunan(magfirah) Allah juga dapat ku kecapi

*... Jomlah kita sama-sama mengimarahkan RAMADAN...*

RAMADAN, pesta Ibadah Umat Islam




Ahad, 8 Ogos 2010

PESANAN UNTUK AHLI USRAH YG DAH BALIK KG.

khas untuk Nur Afifah, Nur Fazidah, Intan Shafina dan Nur Fadhliah

* doa agar diberi kesihatan oleh Allah, sebab doa tu kan senjata mukmin...

*makan ubat jangan lupa

* jangan lupa senantiasa untuk mandi.

* doakan kami di sini agar terus kuat

* belajar, tu penting lagi seminggu lebih je nak trial SMA

* jangan lupa updated blog

* kami di sini merindui kamu semua


Jumaat, 23 Julai 2010

dimana cinta

by : Musafir Dunia

Cerita ini adalah salah satu pengalamanku melihat gelagat rakan-rakanku sewaktu di bangku sekolah...

dimana cinta?selalu aku mencari makna itu dalam kehidupan yang aku jalani tetapi aku merasakan aku tidak menemui cinta itu. adakalanya aku tercari-cari dalam setiap diri manusia dan hamba yang aku kenali tapi tidak juga aku temui......

disini...diruangan ini aku ingin berkongsi cerita cinta ku.......

dahulu...aku adalah seorang pelajar yang mudah dipengaruh....disebab aku adalah headgirl bagi pelajar ting.1 jadi aku menjadi buah mulut bagi semua pelajar dan guru...ada seorang senior yang mjadi rebutan bagi pelajar perempuan...tapi aku tidak mempedulikannya...akhinya pelajar senior itu dapat menawan hati ku yang masih mentah...bermula hanya ingin berkawan tetapi syaitan telah melalaikan kami...pelajar senior itu sering mgungkapkan kata-kata manis,puisi dan sajak kepada ku...bagi ku itu adalah satu perkara yang baru dalam hidupku.....dia sering mgungkap kata janji yang manis pada diri ku.....tapi alhamdulillah allah masih mgukuh kan keiman ku...aku berkata pada diriku sendiri...."astagfirullah..siti itu khayalan kejar yang pasti..."disitu aku sedar bahawa allah masih sayang akan diriku...akhirnya keesokan hari aku berkata pada pelajar senior itu..."cukup sampai sini sahaja persahabatan kita...tentang hati dan perasaan saya....hanya ada pada muhammad dan allah" pelajar senior tu terpaku mdengar bicara ku.........mulai dari itu kami tidak lagi betegur.....


pada akhir persekolahan.........ayahku mgambilku diasrama....tiba-tiba...ada surat untuk ku dari seorang muslimin...aku mbuka sampul itu dan aku membacanya...


UNTUK ; mawar yang dirahmati ALLAH
DARI:diriku yang berjihad

assalamualaikum siti....abang minta maaf menganggu siti dengan surat ini...persekolahan sudah bagi siti ditahun satu sisekolah ini...dn abang yakin pada tahun hadapan insyaallah siti akan berpindah....abang pula akan menduduki spm...pertama kali abang berjumpa siti abang terpana dengan panahan pandangn syaitan...dan muli hari itu syahwat abang mendesak abang dekati siti...tetapi dengan kata-kata siti itu membuat abang sedar dengan lamunan abang...abang ada tanggungjawab sebagai seorang khalifah dibumi allah....allah hantar siti untuk abang untuk ingatkn diri abang...


disini juga ingin abang katakan mungkin ini yang terakhir komunikasi kita..kalau ada jodoh takkan keman itu janji allah........dan abang berpegang pada prinsip itu..
doakan kejayaan abang di masa hadapan..."



ku baca surat itu dengan pelbagai perasaan yang tidak dapat kuungkapkan...



masa berlalu begitu cepat...........kini aku begelar mahasiswi di universiti al azhar........dengan segulung ijazah ku bawa dengan rasa gembira....gelaran dr. dihadapan namaku diakhiri dengan al hafizah..



12 tahun begitulama.....ingatn ku pada muhammad masih dalam surat yang hampir hancur..
satu hari ibu menanya kan sama ada diriku bersedia menjadi isteri orang..

diakhirnya.........orang yang mendambakan diriku adalah bidadara ku disyurga.........moralnya...........cari cint allah dahulu ...jika ada cinta lagi dihatimu beri lah pada kedua ibubapa mu...jika ada lagi serpihan cinta baru lah beri pada orang yang mengharap pada diri mu.....allah tu akan sedar kan seseorang jika dia terlalai...itu tandanya allah cinta pada diri kita.......semoga cerita ini jadi pengjran bagi sahabat-sahabat diluar sana...kita kena lawan nafsu jangan jadi hamba kepad nafsu.........kepada pelajar yang bercouple....anda kena ingat cinta adakah cinta anda kepada maha pencipta sudah cukup sebelum anda bercinta dengan hamba maha pencipta?


kebejatan akhlak remaja zaman sekarang yamg menjadi hamba kepada hawa nafsu semakin berluasa.........bangun lah kita menjadi remaja yang berjihad di jalan allah... m,enjadi khalifah di jalan allah bukan menjadi bahan tawa syaitan.........


tiada gunanya kita bercinta jika tidak diredhai dan tiada gunanya jika kita bercinta dalam keadaan yang berdosa....allah telah tunjukkan jalan kepada setiap oarang islam..bergantung pada diri kita sama kita myedarinya atau tidak....


sampai sini sahaja coretan pengalamanku selama bergelar musafir dunia ni...moga mjadi iktibar pada kalian semua..wassalam