Sabtu, 17 Julai 2010

REPORT CARD :: menginsafkan

15 JUN 2010
hari terbuka Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang

dalam perjalanan pulang ke rumah, aku menatap ' report card'ku
yang tak seberapa...
perasaan serba sedih menyelinap di kalbu..
sedih dgan natijahku sendiri
tapi sedarlah itulah keputusan yang wajar aku perolehi...
usaha yang hanya sebesar semut(mungkin, klu boleh diukur)

kalau keputusanku itu dikira meritnya...
alahai.. berape je.. tak sampai 60 puluh kot..
"huh",... keluhku sendiri..

"Tak baik mengeluh", tegur umi."cubalah bersyukur ape yg dapat..",
aku menepuk dahiku lantas mengucapkan syukur..
ALHAMDULILLAH..
'' tulah hasil usaha yg dah dibuat'', tambah umi..
'' klu usaha byk,, dptlah result cemerlang''
memang tertusuk tepat pd hati bila umi ckp mcmtu, mmg betul pun.. nak cemerlang kenalah bersusah-susah kan umi..

aku sedar..

aku perlu mengorak langkah yang lebih besar tuk kejar rakan-rakan
seperjuanganku yang berada di hadapan..
kata2 Cg Zamzila menguatkanku sewaktu aku berjumpa
dengannya ketika menunggu ibu bapaku..
''awak perlu tahu tujuan nak belajar, awak dah ada cita-cita, kejar cita2 awak
awak pelajar sains tulen.. awak kenalah push diri awak .. saingan sekarang hebat..
sekurang-kurangnya awak dah ada matlamat awak nak jadi apa.. kadang-kadang ade pelajar yg jumpa saya dan dia kata tak tau nak jadi ape... orang yang takde matlamat ibarat main bola tiada tiang gol.. tak tahu mana nak jaringkan.. jadi, awak dah nampak tiang gol awak, teruskan usaha..!''



MASIH belum terlambat untuk membuat anjakan paradigma,.. sekiranya ada keyakinan dan tekad di situ pasti ada jalan..
doa dan tawakal.. ALLAH di hati

aku boleh buktikan!


*doakan kesuksesan diri ini..

1 ulasan:

  1. bagus2........troskn ushe umiku......
    doakn kjayaan ank2 buahmu....

    BalasPadam